Welcome to Pustaka Rakyat, No.1 Online Bookstore Malaysia
Free Call 6016-203 3713
Best Online Bookstore Malaysia
Close

PEMBANTU CIK MEDUSA

RM25.00

Eyla Hime

In stock

SKU: 9789838220897 Category: Product ID: 33142

Description

Orangnya tenang tak banyak cakap. Senyumnya juga sesuatu yang jarang sekali dilihat, ala-ala tujuh keajaiban dunia. Namun, dia mampu buat warga Muse meremang bulu roma. Bila perlu berdepan dengan wanita 34 tahun itu, usus masing-masing rasa macam kena pulas.

Sebab itulah ketua editor Muse itu digelar Cik Medusa. Tak perlu buka mulut. Hanya dengan renungannya yang tajam bak mata pedang itu saja, Lisa boleh buat sesiapa saja bertukar keras macam batu tak bernyawa.

Impresi pertama Firdaus terhadap wanita itu adalah negatif. Ah, pendek kata si Medusa itu teruklah. Sebab itulah mulut Firdaus ini rajin menyindir dan menjawab. Firdaus terlupa agaknya yang Lisa adalah bos dia dan dia cumalah Pembantu PA wanita itu.

Bila Adam, muncul dan tiba-tiba buat drama TV pukul 7.00 petang di hadapan pekerja-pekerja Muse, Lisa pun ikut berdrama dengan mengakui bahawa dia sudah jatuh hati pada Firdaus.

Gila! Firdaus rasa Cik Medusa itu gila sebab mahu dia jadi tunangnya.

Tapi, lepas dia jadi tunang Lisa, Firdaus pulak terancam bila Adam bergedik santai dengan Lisa. Tak boleh jadi ni? Cik Medusa, tunang dia kut!

?Kenapa you masih nak I kahwini you sedangkan I dah kata I tak nak?? ? LISA

?Do you really want me to answer that question?? ? FIRDAUS

Lepas dah bertunang, pembantu Cik Medusa itu pula yang jadi gila. Firdaus tak faham kenapa Lisa macam itu. Tapi, Firdaus lebih lagi tak faham kenapa dia macam ini.
Akankah perasaan itu membawa kepada pengakhiran yang manis? Atau ia adalah satu kesilapan yang menoktahkah segalanya?

Mereka adalah seperti dua garisan selari. Tidak sepatutnya bertembung. Namun, entah bagaimana? tanpa diduga, garisan kehidupan mereka bersilang di satu titik.

Additional information

Weight0.2 kg
publisher

FAJAR PAKEER

PUBLISHERS

GENRE

genre

ROMANCE

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “PEMBANTU CIK MEDUSA”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×

Powered by WhatsApp Chat

×