Welcome to Pustaka Rakyat, No.1 Online Bookstore Malaysia
Free Call 6016-203 3713
Best Online Bookstore Malaysia
Close

THE HIDDEN TRUTH

RM28.00

Farhah Aiddin

In stock

SKU: 9789838220880 Category: Product ID: 33141

Description

Adakah mimpi itu nyata atau sekadar fantasi?

Apa yang akan kau lakukan jikalau mimpi yang kau alami adalah sebuah kenyataan? Sama ada cepat atau lambat, kau tahu mimpi itu pasti akan terjadi. Kau bahagia? namun ada sesuatu yang kejam menanti?

Ayyash Furqan, dia mangsa keadaan. Hidupnya sentiasa disulami konflik yang menyakitkan. Hanya dalam mimpi sahaja dia dapat merasai apa itu indah.

Hulya Amaya, si gadis hujan yang sering dipulaukan kerana wajahnya berparut hodoh. Parut kekal yang meninggalkan seribu satu lara yang tak mungkin hilang.

Persamaan? Kedua-dua melalui liku hidup yang kejam. Perbezaan? Seorang loser membiarkan saja diri ditindas manakala seorang lagi brutal melawan apa saja yang menghalang.

?Dendam itu lebih menakutkan daripada mahkluk halus yang sedang memerhati kita sekarang.? -AYYASH

?Kadang-kadang aku terfikir, kenapa perlu berdendam walhal ia amat menyakitkan?? -HULYA

Ada ranjau yang menikam. Ada cahaya yang menyilaukan. Kisah yang mahu mereka diam tersembunyi dalam lubuk hati masing-masing. Semakin mereka mengenali antara satu sama lain, semakin banyak perkara memeritkan.

Mungkinkah dengan mengikut aksara mimpi rasa bahagia mampu menjengah hidup Ayyash? Atau Hulya perlu mengubahnya untuk mencipta yang diimpikan selama ini?

Jika mimpi itu membahagiakan, biarkan aku terus bermimpi kerana realiti disebalik kebenaran, mampu melenyapkan sebuah makna yang tersembunyi.

Additional information

Weight0.2 kg
publisher

FAJAR PAKEER

PUBLISHERS

GENRE

genre

ROMANCE

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “THE HIDDEN TRUTH”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×

Powered by WhatsApp Chat

×